Ku amat menyayangi diri mu, selalu akan teringat wajah mu bila ku rindu.. Ku selalu memainkan lagu kegemaran mu dan melihat gambar mu bersama ku.. Ia nya penuh dengan kenangan Sayang ku..!! Ia amat bermakna pada ku.. Dulu kita sungguh mesra, makan bersama, bersiar-siar bersama, naik motor yang ku ada.. Pada masa itu, Ku hanya berfikir yang aku gembira dapat keluar bersama dengan mu Sayang. Ke mana sahaja kamu hendak tuju, Ku bawa tanpa halangan, Ku berikan apa yang termampu, tidak ada rasa kedekut pun dengan mu, hanya rasa bahagia sangat dengan mu. Ini hanya untuk memberikan kesedaran pada mu.
Yang dimana aku amat menyayangi mu dan rindu kenangan kita bersama dulu, pernah terlintas di fikiran, bilakah lagi untuk kita bersama seperti dulu yang bagai merpati terbang tinggi dengan sayap yang putih suci. Dulu langit itu tinggi, seringkali kita terbang ke atas, tetapi kini.. Kita hanya berdiam sahaja.. Apa salah ku Sayang ku..?? Apa yang kurang tentang ku..?? Ku rasa.. Diri mu teramat jauh, tiada lagi senda gurauan mu yang ku dengar, tiada lagi kata-kata mengusik mu.. Semua itu sudah tiada.. Ku tak tahu mengapa jadi begini..jika diri ku ini yang bersalah..
Maafkan lah diri ku ini, kerna telah banyak menyusahkan kamu, telah banyak menyakiti mu.. Bukan ku tak faham perasaan mu, diri mu tak menerangkan segala masalah mmu pada ku..mungkin pada diri mu, Diri ku tak bermakna untuk hidup mu..maafkan ku, jika kata-kata itu salah, maafkan lah diri ku ini.
Entah mengapa, saban hari ..tingkah laku mu semakin hari semakin berubah, tidak seperti dulu.. Yang di mana kamu sangat gembira,cheerfull.. mungkin kamu berada dekat dengan ku, sekarang kita berjauhan, tidak tahu tindak-tanduk mu itu. Bukan ku tak percaya pada mu, Ku percaya yang amat sangat.. menyintai mu bagai mutiara yang suci walaupun luaran nya tiram. Hati mu itu ku mahu hanya diri ku sahaja yang bertakhta, tiada insan lain.. mungkin kamu tak faham cara ku, tak faham tentang diri ku agakna.
Perasaan marah tidak perlu wujud dalam perhubungan, tidak perlu rasa benci, tidak perlu nak menipu sesiapa, jangan mengungkit kisah yang lepas walaupun terlepas cakap. Diri ku inginkan kamu fikir sejenak,kisah silam kita bersama, susah senang kita masih bersama, apa-apa pun tuduhan tentang mu ku tetap mahukan diri mu. Jika ku pernah memarahi mu, hanya sekejap sahaja..lalu ku pujuk kembali..sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula kita pasangan kekasih.. mungkin marah bukan niat untuk menyakiti sesiapa, malah hanya nak mengingatkan atau menasihatkan si dia untuk sedar yang diri ku ini penting dalam kehidupan nya.