SINGGAH SELALU, JANGAN MALU..!! JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK DIBALAS SEMULA.

Friday, January 14, 2011

7 C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI




7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah)

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...


C2. CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...


C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...


C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk
suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

PERUBAHAN TENTANG MU . . .version 2




Dalam diri ku, Dialah bidadari, dialah permaisuri.. Yang perlu di manjakan selalu, yang perlu di berikan perhatian sepenuhnya.. Kasih sayang ku pada mu tidak pernah luntur walau setitik darah pun.. Darah yang mengalir dalam tubuh ku, degupan jantung ku yang masih berdegup, anggota badan yang masih lagi bergerak.. Ini semua tentang diri ku, yang akan menjadi pelindung mu suatu hari nanti. Ku tidak pernah curang terhadap mu,kau lah satu dalam hati ku, Hati yang di hiasi dengan seribu bunga,dengan seribu wangian.. Ku bina Istana untuk mu menjadi permaisuri dalam hati ku, tapi..ia tidak menjadi apa yang ku inginkan.

Mungkin diri mu bahagia bila diri ku ni pergi selama-lamanya, yang dimana kamu tidak pernah tahu aku ke mana, fikiran mu tentang diri ku mungkn tak lama, Hati terguris sukar untuk di ketahui, luka yang berdarah mengalir, mengalir darah putih.. Ku cuba untuk membahagiakan kamu, tapi usahaku tidak berjaya..!! Jika ku pergi,jagalah diri mu sebaik yang mungkin,jangan nakal-nakal..pemergian ku hanya sementara, kumbang lain akan mengidam bunga ini, jika itu jodoh mu, ku doakan sepanjang hayat mu.. saya pergi tak lama sayang,sekejap saja,sayang jagalah diri seelok-eloknya, mana tau.. lampu putih muncul depan mata, yang kita tak tahu bila.. hanya tunggu seruan Ilahi..!!
Segala kisah tidak ku cerita kan segala detail, tapi ia memang benar terjadi, memang pernah terguris lebih daripada biasa.. ku mohon maaf, jika ku tak sempat untuk bersama mu di jinjang pelamin, ada teman yang menggantikan ku.. bukan ku yang menentukan siapa, lebih ramai lagi peminat mu..yang ku tahui.. maaf sayang, maaf jika kata ini mengguris hati mu, saya tak nak kehilangan sayang pun..saya buat macam ni ada sebab nya..bukan saja-saja, bukan nak mempersendakan sayang pun..dalam kata lain..taman ini untuk mu..kalau sudi, perhiaskan diri mu untuk ku..!!

Kenapa perlu ada persengketaan dalam perhubungan, kita tak sepatutnya bertengkar sesama kita, masalah masih boleh di runding, fikiran mu terlalu bercelaru dengan pelbagai masalah, saya faham masalah sayang, tapi sayang perlu kawal diri sayang untuk selesaikan masalah itu, tidak perlu terlalu gelabah. Sayang hanya perlu bertenang sahaja.. Apa guna pasangan kalau tidak mahu berkongsi masalah bersama. Biar saya jelaskan:
 saya kawan sayang, 
saya teman sayang, 
saya juga kekasih sayang dan 
saya bakal menjadi suami sayang. 
Semua masalah perlu dikongsi dengan seikhlas hati, Barulah hidup kita berkat di Dunia mahupun di Akhirat.

Salam SaYanG untuk selama-lamanya..

PERUBAHAN TENTANG MU . . .version 1




Ku amat menyayangi diri mu, selalu akan teringat wajah mu bila ku rindu.. Ku selalu memainkan lagu kegemaran mu dan melihat gambar mu bersama ku.. Ia nya penuh dengan kenangan Sayang ku..!! Ia amat bermakna pada ku.. Dulu kita sungguh mesra, makan bersama, bersiar-siar bersama, naik motor yang ku ada..
Pada masa itu, Ku hanya berfikir yang aku gembira dapat keluar bersama dengan mu Sayang. Ke mana sahaja kamu hendak tuju, Ku bawa tanpa halangan, Ku berikan apa yang termampu, tidak ada rasa kedekut pun dengan mu, hanya rasa bahagia sangat dengan mu. Ini hanya untuk memberikan kesedaran pada mu.
Yang dimana aku amat menyayangi mu dan rindu kenangan kita bersama dulu, pernah terlintas di fikiran, bilakah lagi untuk kita bersama seperti dulu yang bagai merpati terbang tinggi dengan sayap yang putih suci. Dulu langit itu tinggi, seringkali kita terbang ke atas, tetapi kini.. Kita hanya berdiam sahaja.. Apa salah ku Sayang ku..?? Apa yang kurang tentang ku..?? Ku rasa.. Diri mu teramat jauh, tiada lagi senda gurauan mu yang ku dengar, tiada lagi kata-kata mengusik mu.. Semua itu sudah tiada.. Ku tak tahu mengapa jadi begini..jika diri ku ini yang bersalah..
Maafkan lah diri ku ini, kerna telah banyak menyusahkan kamu, telah banyak menyakiti mu.. Bukan ku tak faham perasaan mu, diri mu tak menerangkan segala masalah mmu pada ku..mungkin pada diri mu, Diri ku tak bermakna untuk hidup mu..maafkan ku, jika kata-kata itu salah, maafkan lah diri ku ini.

Entah mengapa, saban hari ..tingkah laku mu semakin hari semakin berubah, tidak seperti dulu.. Yang di mana kamu sangat gembira,cheerfull.. mungkin kamu berada dekat dengan  ku, sekarang kita berjauhan, tidak tahu tindak-tanduk mu itu. Bukan ku tak percaya pada mu, Ku percaya yang amat sangat.. menyintai mu bagai mutiara yang suci walaupun luaran nya tiram. Hati mu itu ku mahu hanya diri ku sahaja yang bertakhta, tiada insan lain.. mungkin kamu tak faham cara ku, tak faham tentang diri ku agakna.
  
Perasaan marah tidak perlu wujud dalam perhubungan, tidak perlu rasa benci, tidak perlu nak menipu sesiapa, jangan mengungkit kisah yang lepas walaupun terlepas cakap. Diri ku inginkan kamu fikir sejenak,kisah silam kita bersama, susah senang kita masih bersama, apa-apa pun tuduhan tentang mu ku tetap mahukan diri mu. Jika ku pernah memarahi mu, hanya sekejap sahaja..lalu ku pujuk kembali..sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula kita pasangan kekasih.. mungkin marah bukan niat untuk menyakiti sesiapa, malah hanya nak mengingatkan atau menasihatkan si dia untuk sedar yang diri ku ini penting dalam kehidupan nya.

Thursday, January 13, 2011

HaTi TeRLuka HaTi TerSeksa




Ini pertama kali saya menulis dalam kapasitor ni.saya xtau nak luahkan kat mana lagi.hari ini dan semalam hati ini terasa amat terhiris sekali.

Umpama luka dicurah cuka pekat.sakit sangat rasa hati ini.Orang yang sangat saya sayang selain ma dan abah dan adik-adik telah back up orang yang xsampai beberapa bulan kenal.saya amat terkilan.die xtau betapa hati saya sentiasa menangis apabila memikirkan tentangnya.Hati pedih sangat apabila kepercayaan yg saya bagi kat die telah disalah guna.saya benar2 buntu buat mase sekarang.

Nape hati ini tidak boleh menerima alasan yang die bagi.Mungkin di sini ade jugak silap saya. ape yang harus saya buat agar masalah ni tidak membebankan saya.saya risau pelajaran saya tergendala.lagipun final exam semakin dekat.

P/S Seandainya Ia memainkan cinta kita, berkata manis di awal perjumpaan, mengata syg pada kita sedangkan ia hanyalah permainan dalam hatinya.

Bila kita dipermainkan,jangan lah simpan perasaan dendam untuk membalas,kerana ia salah untuk umat ISLAM..biarkan saja pada MAHA YANG ESA melakukan balasan..kita hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan kita disamping orang yang tersayang.

Hati terseksa bila mengharap..

Hari ini sengaja saya nak mengupas sesuatu yang saya rasa ingin berkongsi..
Apa yang jelas apa yang saya lihat ialah hati kita ini akan terseksa apabila kita melakukan sesuatu yang larang..
sebagai contoh, 'couple'..

tidakkah hati kita akan sakit jika tiba2 pakwe kita mesra dengan wanita lain?
tidakkah hati kita perit apabila mesej kita tidak berbalas..
tidakkah hati kita terseksa menahan rindu apabila sudah lama tidak bertemu..
yang paling penting ialah kita hipokrit!! berpura2 baik demi mengambil hati kekasih..


ini saya mahu berkongsi nasyid yang mungkin bisa mengetuk hati dan fikiran kita utk bermuhasabah sebentar..

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

lagu Cinta Kristal


Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara
Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan
Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara
Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang ( 3X )

Rasa hati

Siapa tahu di  sebalik senyumnya,terselit seribu duka.Siapa tahu dalam riang tawanya,tersembunyi tangis perit di sudut hatinya.Siapa tahu dalam gelak tawanya,betapa dia mengharapkan senyuman yang diukirkan itu adalah senyuman yang asli,tiada yang palsu mahupun dibuat-buat.Dalam keriangan yang dipamerkan itu,terselit satu ketabahan yang tiada jawapannya,sampai bila segala persoalan dan aliran air mata terus membelenggu hidupnya…
Dia…sentiasa mengharapkan jalan hidup yang dilalui ini adalah jalan yang benar,tidak sia-sia mahupun jalan yang salah.Dia,sentiasa menahan hatinya dari melakukan perkara yang boleh memburukkan lagi keadaan hidupnya.

Laman LuahaN Rasa

Segala masalah yang berlaku dalam diri sepanjang kehidupan kita harus di kongsikan bersama supaya bebanan yang ditanggung tidak seberat mana dan segala masalah itu boleh diselesaikan dengan pendapat pengunjung di sini mahupun saya sendiri.