SINGGAH SELALU, JANGAN MALU..!! JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK DIBALAS SEMULA.

Sunday, January 23, 2011

Pakwe Durjana Bakar Makwe

KANGAR – Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar semalam atas tuduhan membakar teman wanitanya kerana berselisih faham di Kuala Perlis minggu lalu.

Konstabel Ahmad Faiz Ramli, 24, didakwa membakar teman wanitanya, Nur Rashidah Rashid, 18, dengan pemetik api setelah menyimbah gadis terbabit dengan petrol di Jalan Bukit Kubu, Kuala Perlis pada pukul 9 malam 12 Januari lalu.

Tertuduh gagal mengawal emosinya ketika berlaku perselisihan faham dan pergelutan dengan mangsa ketika mereka menghabiskan masa di kawasan terbabit.

Ekoran perbuatan tertuduh itu, gadis tersebut mengalami cedera parah apabila melecur di muka, leher dan juga lengan kiri.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad. Ahmad Faiz boleh dihukum sehingga 20tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

No comments: