SINGGAH SELALU, JANGAN MALU..!! JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK DIBALAS SEMULA.

Thursday, January 13, 2011

Rasa hati

Siapa tahu di  sebalik senyumnya,terselit seribu duka.Siapa tahu dalam riang tawanya,tersembunyi tangis perit di sudut hatinya.Siapa tahu dalam gelak tawanya,betapa dia mengharapkan senyuman yang diukirkan itu adalah senyuman yang asli,tiada yang palsu mahupun dibuat-buat.Dalam keriangan yang dipamerkan itu,terselit satu ketabahan yang tiada jawapannya,sampai bila segala persoalan dan aliran air mata terus membelenggu hidupnya…
Dia…sentiasa mengharapkan jalan hidup yang dilalui ini adalah jalan yang benar,tidak sia-sia mahupun jalan yang salah.Dia,sentiasa menahan hatinya dari melakukan perkara yang boleh memburukkan lagi keadaan hidupnya.
Dia,selalu bertanya,dia yang salah,atau orang itu yang salah.Dia,sering merasakan bahawa dia lemah,kerdil dan terlalu sensitif. Namun,dia juga sering bertanya,ataukah semua ini adalah untuk menambahkan lagi keimanannya,atau untuk menjelaskan,bahawa dia adalah pesalah yang hanya menunggu saat untuk disakiti oleh mereka….
Dia,selalu menekankan,tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan.Namun,adakah dengan alasan itu dia  boleh dianiaya…Adakah kerana dia terlalu ‘straight’ dengan pegangan agamanya,sehingga dia merasakan bahawa dia dibenci oleh dunia seisinya…
Ada ketikanya,dia sering merasa dia itu ketinggalan,ada ketikanya,dia sering merasakan bahawa dia itu bodoh,bodoh dalam menangani perasaannya.Sering dia tekankan,’Biar Hina Di Mata Manusia,Tapi Mulia dipandang Allah’..Namun,Bukankah orang yang bersalah itu akan dipandang hina oleh sesiapapun?

No comments: