SINGGAH SELALU, JANGAN MALU..!! JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK DIBALAS SEMULA.

Monday, January 31, 2011

Sukar percaya si dia benar-benar boleh berubah


SAYA sering membaca ruangan bimbingan dan kali ini saya tertarik untuk berkongsi cerita dan kekeliruan yang saya hadapi.
Saya berumur 21 tahun dan sudah bekerja. Saya mempunyai seorang teman lelaki dan mengenalinya lebih setahun, biar saya menamakannya sebagai A. 
Pada awal perkenalan kami, A sering ‘terkantoi’ ketika berhubung SMS dengan wanita lain. A juga awalnya kaki mabuk dan sering ke kelab malam tetapi saya cuba untuk terima dengan harapan A akan berubah.


Penantian saya tidak sia-sia, masuk pertengahan hubungan kami, A mula berubah dan berhenti merokok, minum dan meninggalkan semua amalan buruknya.
Yang menjadi masalah, saya sering menuduh A bukan-bukan akibat tidak percayakan A 100 peratus kerana sebelum ini A banyak kali menipu saya.


Memang saya nampak perubahan A dan saya ingin mempercayainya tetapi sukar melakukannya. Dia juga berubah menjadi serius, kadang kala terlalu serius hinggakan kalau saya buat salah sikit, A terus minta putus.


Namun hakikatnya saya tahu A memang sayangkan saya tapi dia sering bertindak tanpa berfikir dan terlalu mengikut perasaan. Saya berharap Dang Setia dapat membantu saya.


Saya sayangkan A dan keluarga kami merestui hubungan kami, tapi saya takut A minta putus kalau saya buat salah walaupun kecil.


Saya juga tidak sempurna dan bagaimana boleh saya menjadikan A matang dan tidak terlalu mengikut perasaan? A boleh dikatakan kacak dan ini juga merisaukan saya.


A juga marah kalau saya bersolek atau melaram kerana dia tidak suka lelaki lain tengok saya tapi hakikatnya, saya melaram pun sebab tidak mahu A pandang wanita lain. Saya tidak mahu kehilangan A kerana A sumber inspirasi saya. Keluarga saya juga menyayangi A dan saya menyayangi keluarga A.


SUE
Kuala Lumpur





Hubungan di antara dua insan bercinta, sama ada kekasih atau suami isteri, tidak lengkap tanpa adanya sikap jujur dan saling mempercayai di antara sama lain.


Yang dapat Dang Setia rasakan, kriteria itu masih ada kekurangan dan kekosongan dalam hubungan saudari.


Berilah peluang dan ruang untuk A berubah. Kalau masih sangsi dengannya, saudari boleh memberi tempoh kepadanya, sebagai contoh setahun untuk melihat sama ada dia benar-benar berubah ke arah kebaikan.


Rasanya ia bukan sesuatu yang sukar dilakukan kerana saudari masih muda. Biar saudari benar-benar pasti A calon terbaik sebagai suami dan tidak terlalu mabuk bercinta hingga gagal membezakan kaca dan permata.


Seperkara lagi, Dang Setia tertarik dengan kenyataan saudari: “saya tidak sempurna.” Manusia memang tidak sempurna kerana zat itu hanya ada pada Allah dan Rasulnya tetapi kita masih boleh berusaha menjadi individu lebih baik.


Sebagai contoh, sebagai perempuan, jika kelemahan saudari tidak gemar mengemas dan memasak, itu perlu diatasi segera sebelum berkahwin kerana ia antara kunci rumah tangga bahagia.


Kalau tidak, masakan orang tua-tua berpesan: “jaga makan pakai suami.”


Pada masa sama, saudari juga perlu berterus terang dengan A apa yang saudari harapkan daripadanya sebagai suami. Perbincangan seperti itu penting bagi mengelak ungkit-mengungkit apabila melayari bahtera perkahwinan

1 comment:

BLack_Raider said...

Harap maklum yea..gambar di atas hanyalah sebagai hiasan sahaja..hehehe