SINGGAH SELALU, JANGAN MALU..!! JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ANDA UNTUK DIBALAS SEMULA.

Thursday, February 3, 2011

HAK-HAK ANDA BILA DITAHAN POLIS

Hak-hak anda bila Ditahan Polis Diraja Malaysia ( PDRM )...

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.

• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada

Inspektor.

• Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis

Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri

Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain

Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:

• menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau

• menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

Wednesday, February 2, 2011

SEBARKAN KEPADA SEMUA بسم الله الرحمن الرحيم

(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan kepada semua



Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

edit 3 : Nampaknya kita telah nampak beberapa tindakan daripada kerajaan mengenai isu ini. Syabas, dan beberapa update daripada pembaca juga boleh dilihat di ruangan komen.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Tuesday, February 1, 2011

Kasih suami tiada galang ganti

TERINDAH...kenangan yang dirakamkan
ketika majlis perkahwinan
Norhaslinda dan arwah suami, Mohd Farid.
TERINDAH...kenangan yang dirakamkan ketika majlis perkahwinan Norhaslinda dan arwah suami, Mohd Farid.
KENANGAN...Maisarah menunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan kemalangan ngeri yang meragut nyawa suami dan anaknya.
KENANGAN...Maisarah menunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan kemalangan ngeri yang meragut nyawa suami dan anaknya.
BAGI Maisarah Ismail (bukan nama sebenar), kemalangan jalan raya membabitkan suami dan anaknya kira-kira 13 tahun lalu suatu peristiwa hitam yang tidak mungkin dilupakan dalam sejarah hidupnya.
Kemalangan di Kilometer 24, Jalan Kuantan-Gambang yang meragut nyawa suami dan anak lelakinya (ketika itu baru berusia setahun lebih) yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung mereka di Kota Bharu, Kelantan.


Suaminya, Fareez Ahmad, memandu kereta manakala keretanya mengalami kerosakan teruk akibat berlanggar dengan treler sehinggakan Maisarah sendiri terpaksa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.
Mengimbas kembali kenangan itu, dia mengakui seolah-olah diberi peluang kedua oleh Allah apabila masih menyedut udara di alam maya hingga ke hari ini namun kesetiaan terhadap arwah suami tercinta tidak pernah padam.


"Kami menyulam cinta ketika sama-sama menuntut di universiti dan mengambil keputusan untuk berkahwin. Pada semester akhir pengajian, sebelum menerima ijazah, kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
"Apabila suami sudah bekerja sebagai guru sebelum mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran, saya memberinya galakan supaya kami sama-sama meningkatkan diri untuk mendalami pengajian masing-masing.


"Ketika menuntut di institusi pengajian tinggi, saya mengambil pengkhususan dalam bidang syarie dan memperoleh ijazah dalam pengajian Islam manakala suami dalam pendidikan Bahasa Inggeris. Sebaik saya diterima mengajar di sebuah sekolah di ibu kota, suami pula mendapat tawaran mengajar di sebuah sekolah di Cherating, Kuantan.
"Ketika kemalangan berlaku dan meragut nyawa suami dan anak, kami dalam perjalanan pulang ke kampung kami di Kota Bharu dan saya ketika itu hamil anak kedua. Mulanya saya sedih kerana Tuhan mengambil dua nyawa yang sememangnya menjadi jantung hati saya selama-lamanya.
"Namun, saya perlu bersyukur kerana ketika itu Allah menggantikannya dengan kandungan yang baru berusia tiga minggu. Di situ saya melihat betapa agungnya Allah yang memberi saya kekuatan untuk terus bersemangat," katanya mengimbau kembali sejarah yang pernah menimpa.


Menurutnya, setiap kali menatap keratan akhbar mengenai liputan kemalangan yang menimpa dirinya, arwah suami dan anak, dia bagaikan tidak percaya kenangan itu sudah lama berlalu. Bagaikan baru semalam kisah itu berlaku kerana setiap kali mengenang arwah suami dan anak, hatinya menjadi sebak seketika.


Menggagahkan diri untuk bercerita selanjutnya, wanita yang berusia awal 40-an yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kuala Lumpur, mengakui sehingga kini cinta arwah suaminya itu tidak mampu ditukar ganti dengan sesiapa walaupun dia banyak menerima lamaran lelaki.


Monday, January 31, 2011

Teruna ragu-ragu curahkan perasaan


SAYA meminati seorang gadis dan kami berkawan 11 tahun. Sejak tahun lalu, saya mula menyimpan perasaan terhadapnya.
Dia gadis yang baik pekerti dan budi bahasanya. Saya yakin dia boleh menghormati orang di sekeliling saya dan juga ibu bapa saya. Kerana itulah saya jatuh hati padanya. 
Saya bekerja di sebuah syarikat penyiaran dan dia pula masih belajar. Umur kami sebaya. Kami pernah keluar bersama beberapa kali dan menelefon serta menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tiga kali seminggu kerana dia masih belajar dan tidak mahu dia terganggu.


Saya tidak pernah meluahkan isi hati saya pada si dia. Lama-kelamaan saya mula berfikir, jika saya tidak meluahkan isi hati saya kepadanya secepat mungkin, kemungkinan saya menyesal kerana terlambat. Tidak mungkin saya boleh mencari wanita lain sebaik sepertinya.
Apa perlu saya lakukan dan bagaimanakah cara terbaik untuk meluahkan isi hati saya padanya? Pada masa dan suasana manakah yang sesuai untuk meluahkan perasaan ini?


DELIMA
Selangor



Terpaut teman sepejabat


SAYA ada sedikit masalah dan tidak tahu macam mana nak mengatasinya. Saya ingin berkenalan dengan seseorang jejaka. Jejaka ini bekerja satu pejabat dengan saya.


Saya tahu dia masih solo, jadi saya ingin mengetahui cara nak berkenalan lebih dekat, kerana jejaka ini seorang yang pendiam.


Nak berborak dengan jejaka ini, saya takut kena kutuk dengan kawan sepejabat.
Saya harap Dang Setia dapat membantu saya.
GADIS DILEMA



Kuala Lumpur 

Gadis sangsi kesetiaan kekasih




BERUSIA 23 tahun, saya telah bercinta dengan L selama dua tahun. Pada November tahun lalu telah berlaku pertengkaran antara kami.
Ia berpunca daripada seorang remaja perempuan berumur 18 tahun. 
Saya melihat mereka bergurau mesra yang tak pernah saya lihat. Namun, saya tak berfikiran negatif kerana saya kenal teman lelaki saya adalah seorang yang sangat baik. Saya berasa bertuah jika dapat menjadi isterinya.


Namun tak lama selepas itu, sikapnya tiba-tiba berubah, enggan membalas SMS saya, enggan bercakap dan dia memang berubah daripada sebelumnya. Hingga satu hari kami bertengkar besar dan saya menuduh dia curang hingga berkelakuan begitu.


Remaja perempuan itu juga habis saya marahi. Teman lelaki berkata dia tak pernah curang dan menganggap saya salah faham. Saya terlalu sakit hati hingga sanggup memutuskan hubungan kami, dan ternyata dia tak pernah memujuk saya seperti sebelumnya selepas itu.


Saya kecewa dan berharap kami dapat memperbaiki hubungan kami. Sebulan kemudian, dia menghantar SMS mengatakan dia merindui saya. Namun selepas saya membalasnya, dia tidak melayani SMS saya lagi.


Dia kemudian datang berjumpa saya dan kami berbincang. Dia berkata masih sayang dan cintakan saya tetapi tidak mahu meneruskan hubungan kami lagi kerana risau saya akan terus fikirkannya.


Hati saya begitu hancur, ini kerana dia akan pergi ke Singapura pada bulan depan selama tiga tahun. Bagaimana saya dapat menerimanya.


Jika tahu terluka janganlah berkata masih sayang, cinta dan rindukan saya. Kata-kata itu membuatkan saya tambah sedih. Apa yang harus saya lakukan Dang Setia? Pada masa ini, saya sangat bencikannya, tapi saya akui, perasaan sayang itu jauh lebih besar daripada kebencian terhadapnya.


INSAN KELIRU
Ipoh, Perak